29 May 2014

Happy Birthday My Love

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

29 May 2014, 12.00 A.M.

Genaplah umurnya 25tahun. Walaupun tua aq beberapa hari dari dia, tapi tak kisahlah sebab tahun tetap sama.
Siapa dia?? Dialah salah seorang yang ada dlm carta hati aq sekarang ni.
Muhd Kamarul Naslan. Kekasih besar aq.
Dak bucuk aq.

Happy birthday my dear love.
owho, pagi tadi dah ter"hujan" di dalam kereta.
sebab nya kelakar la pada aq, if think about that.
"Hujan" disebabkan ayat sendiri.

kisahnya, aq bukanlah seromantis, mulut manis, pandai amik hati, or pandai memujuk.
aq seorang yg lurus, straight forward, don't has conner2.
so kisahnya pagi td cakap dalam telipon and wish him birthday, also together air mata jatuh.
hahah.. Sambut birthday org tapi menangis bagai. aiseh cengeng nye ko ecah.

dak bucuk, saya tak ada present and suprise nak bagi kat awak.
tapi saya nak cakap, selagi saya bernafas, jika diizinkan Allah, saya nak jadi yang terbaik untuk awak.
nak bersama awak dalam suka dan duka. nak menemani awak sampai akhir hayat.
dan setia pada awak sampai bila2.
saya nak wish kat awak, semoga apa yang awak usahakan dan lakukan selama ni akan memberi hasil.
semoga kesihatan awak sentiasa baik. semoga kebahagian dan kejayaan sentiasa bersama awak.
semoga rezeki takkan pernah putus untuk awak.

"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ"

11 April 2014

Orang Utara Mai Selatan (Gambar)

ok jom layan gambar sepanjang si dia ada kat sini.

figure kat atas ni permandangan kat tepi laut, nun kat seberang Singapore. 
"You will be happy if you can make someone happy even the thing you do is not a big deal"


figure 2:
makan McChicken+sundae chocolate+milo ais kat tepi laut.

figure 3:
di larkin sentral, si dia beli roti and air sebagai sarapan sebelum bertolak kembali ke Penang.

figure 4:
minggu ni adalah minggu bunga. terfikir if lah kalau dia di JB lg...

figure 5:
first night his arrived at Johor. Sebab perut da masuk angin, dia menanggung kesakitan malam tu. Cian dia.

figure 6:
dekat larkin. hantar si dia ke terminal.
sebelum berpisah snap dulu gmbr.
dia cakap " time ada masa banyak xmo snap gmbr, skrg ni baru nak snap."
huhu..kisahnya saya ni pemalu nak amik gambar ngan awak.
sebab xtau awak suka atau tak nanti.

figure 7:
ada orang kata muka kita sama.
sampaikan ada yang tegur "eh ni siapa? adik beradik ke?"
haha. sememangnya sama ke muka kita?
kalau sorang yang berkata tak pe.
tapi kesemua bestie saya kata perkara yang sama.

*p/s: will miss you love. i know you feel what i feel  to right.
thanks for a few days hangout together with me.



08 April 2014

Orang Utara Mai Selatan.

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

selama dekat tiga tahun kita tak pernah bersua muka.
yang menghubungkan kita hanya lah talian telefon.
betapa jauhnya PJJ yang kita lalui.
yang membuatkan kisah kita sangat unik.
kita tak seperti pasangan lain, yang sentiasa berada di depan mata sentiasa.
hubungan kita special, berbeza dan unik.
dan ia mengajar kita erti sabar dan tabah serta mempercayai antara satu sama lain.

akhirnya 3/4/2014 kita berjumpa untuk sekian kalinya.
betapa happynya saya bila dapat tgk awak depan mata saya.
betapa kakunya saya bila berhadapan dengan awak.
dan untuk mengurangkan kekakuan itu, saya lbh banyak bercakap supaya awk juga tak kaku berkata.

selamat datang ke Johor, negeri di selatan tanah air.
jauh dari utara tanah air, tempat asal awk.
selama 9jam awak bersabar di dalam bas dan berkunjung ke sini.
alhamdulillah, awk selamat sampai.

tapi first day awak kat sini, awak da jatuh sakit.
perut awak masuk angin, muka awak berubah tahan kesakitan.
saya takut, risau kalau sakit awak tu boleh jadi gastrik.
sgt risau tentang awak. tapi alhamdulillah, esoknya awk bangun da kembali sihat sedikit.
even masih terasa lg perut awak sakit.

4/4/2014 kita keluar untuk mencari barang lain.
tapi lain yang kita dapat.
awak pun setuju bila saya kata apa yang saya tgk tu comel.
cantik, and awk belikan untuk saya.
saya malu, tapi terima kasih love.
awak juga yg bg idea untuk matching2 kan baju n tudung saya.
hahah..nampak sgt sy tak pandai bergaya. (^-^)v
sebelum kita keluar pergi tempat kawan saya nikah,
kita lunch together. mata awak melekat kat tv. khusyuk nya.
tapi lunch tu lauk biasa2 jek. xde special nak masakkan ntok awak makan.
tapi lauk ni awak xpernah makan kat tempat awak kan?
dan syukur awak menyukainya. sambil berkata tak puas makan ayam masak asam pedas yang emak masak.

malam pula after balik dari ambil emak kat tempat kerja, kita siap2 untuk keluar.
saya tak tahu nak bawa awak berjalan ke mana.
akhirnya kita ke jusco dan menonton wayang saja.
time tu da pukul 10.30 mlm.
so kita memang decide nak tengok captain america.
tapi tiket sold out. yang tinggal hanya pukul 11. and seat 3 ke depan dari screen.
mendongak kita tengok filem tu. dengan berbekalkan ice lemon tea and sweet corn kita menonton wayang together. untuk first time kita menonton wayang kan.
kita balik umah dan terus tidur.

5/4/2014 perkara yang buat awak sampai juga ke johor adalah untuk menjadi pengapit pengantin.
first time awak dan saya jadi pengapit. tapi awak yang blur.
sebab kat johor tiba2 ada "tol".
awak pun cerita pengantin lelaki ajar awak jadi pengapit.
mesti lain kan majlis kahwin kat belah utara dengan selatan.
sebab awak blur. hihi.
tapi nasib baik awak pandai bawa diri kat sini.
dan pada tarikh ini juga awak sesat kan. saya sangatlah gelabah tak tentu hala bila taw awak sesat nak balik umah. 
rumah kat tiram, tapi awak nun jauh sesat sampai ke larkin.
tapi bila fikir semula kelakar sebab awak sesat. tapi awak tak gelabah.

awak cakap pas wedding kwn sy tu kita p makan MCD petang tu.
tapi kita tak jadi p petang, kita p malam.
so malam tu saya bawa awak jalan2.
mula2 kita ke jusco ambil barang yang adik awak minta tolong ambilkan dari balak dia.
then kita masuk jusco dan awak buat permintaan.
tolong carikan sehelai t-shirt.
oh no.............saya memang zero tentang pakaian.
tapi akhirnya awak juga bagi clue dan decide nak warna apa.
hihi..sorry awak saya memang tak pandai dalam pilih memilih baju ni.
then saya da janji kan, nak bawa awak duduk lepak tepi laut.
jadi ke danga la saya bawa.
sebelum tu, kita singgah drive thru MCD.
sampai kat tepi laut, saya bagitahu awak, seberang yang bercahaya tu Singapore.
awak pnye teruja. senyum lebar.
kita borak2, makan mcd, mkn aiskrim dan balik umah sebab hujan da turun.
dalam perjalanan balik, saya tnjukkan awak jalan stulang laut.
kat situ lebih dekat boleh nampak singapore.
sekali lagi keterujaan awak kelihatan.
senyuman tak pernah lekang dari bibir awak.
itu je mampu saya bawa awak jalan2.
schedule kita pack dan tak cukup masa nak bawa awak jalan2 jauh.

6/4/2014 tiba masa awak balik semula ke utara.
awak cakap kenapa sedih2 ni.
saya kata mana ada. sebolehnya saya tahan sebak kat dada.
tapi bila da kena tegur ngn awak, kompem2 la tertitis juga air mata ni.
paling pilu, dan tak dapat saya tahankan air mata ni time awak da gerak naik bas.
sebak giler dada ni.
dan saat tu saya bertambah yakin, bahawa saya sayangkan dan cintakan awak.
kalau boleh saya tak nak lepaskan awak.
tapi saya sedar kita belum ada ikatan yang sah lagi.
bila masa itu akan tiba?
Insya-Allah...
bila tiba masa nya kita akan bersatu.
bersatu hingga ke Jannah.
mcm kawan2 saya yg lain.
amin.......

"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

23 March 2014

PABILA DIA TERSENYUM

"PABILA DIA TERSENYUM"
Salah satu novel yang telah ku beli dalam bulan ni.
Dalam bulan ni??
Means ada novel lain yg aq beli la kn.
Yup dalam sebulan ni 2x aq beli novel yg total nya sebabyak 7 buah buku.
Hihi. I'm not a addict person with the novel.
But this just being one of my hobby.
Life aq tidak pernah aq isikan dgn hangout with friends. But more of my time is always at home, office to working, on weekend take a part time and read a novel when have a time.
Sikap suka novel tak pernah aq pupuk lgsg. Ia dtg tnpa dijemput. Ia dimulai ketika study kat kolej. Tapi tidak la serajin skrg. Jika skrg, asal ada jek kelapangan pasti novel yg dibaca. Sekurang-kurang nya hilang bosan. Kdg2 bila da terlalu khusyuk bace novel org ckp ngn aq pon aq xpeduli. Hihi.

Ok stop it about merepek ttg diri aq yg sememang nye makin gile ngn novel. Lbh lg bila novelis nye R.A.M..aq pasti takkan melepaskn peluang utk membaca penulisannya yg sememangnya tersangat kreatif.

Hari ini aq nak story ttg novelis Liza Nur. Who is she? Im totally don't know. Just for the first time im read the one of new novel from her. Mula2 aq rase such of boring this novel. But hv an attractive from her writing. Her creativity some time can go far if she can create more interesting point when her write next time. Novel yg pd permulaan dirasakan boring, blur, mengantuk tp bila baca lama kelamaan menjadi sesuatu yg wow! Sweet and sour. Its only for my opinion.

Aq bukanlah pengkritik yg bgus. Asas untuk mereka novel pon tak ade. Tapi ini just pendapat dan pandangan. Just what I can tell about the novel that I read is the book is good. I can finish my reading on one day only. That means her writing not bad. If bad, im sure that until now im still not finishing my reading.

Untuk pengetahuan, aq jenis yang suka baca pengakiran story novel sebelum start membaca. Pelik tp tu la my habbit.

16 February 2014

Terubat hati.

Ya Allah.. Terima kasih pada-Mu Ya Allah.
Doaku yang satu ini tertunai.
Doaku yg ingin mendengar suara dia.
Dapat juga terubat perasaan ini dengan suaranya.
Walaupun tak lama, tapi cukup bermakna.

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers