23 August 2013

Abah Mengigau Adik Terkejut!

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari ini hari jumaat penghulu segala hari. berlaku nya kisah yang lucu subuh tadi.
sememangnya sangat kelakar bila dikenang semula.
story pagi tadi adalah abah mengigau dalam tidur nya.
sememangnya bila abah mengigau, aku dan emak terasa takut melihatnya. sebab abah mengigau dengan sangat lah gerun.
bagaikan mimpi yang sedang dialaminya sangat menggerunkan dan penuh bahaya.
aku yang mendengar mengejutkannya, ingatkan abah sedar rupanya tidak.
then adik pula yang datang dan disuruh oleh emak untuk kejutkan abah dari tidur.
saat dia kejut abah, sekali abah menyergah dia dalam ngigaunya, adik yang terkejut "beruk" apa lagi terus melompat ke belakang setapak.

muwahahahaahahaha.. time tu aku yang melihat keadaan itu bersama emak hanya mampu ketawakan telatah dia sahaja.
lepas tu barulah abah terjaga dari tidur nya sambil terpinga-pinga. sudahnya adik soal abah ok ke? abh menyoal adik semula.
hahahaha. serious kelakar situasi subuh tadi.
dalam hati 'padan muka adik. kan da terkejut beruk'.
p/s: si kakak yang merajuk hati dengan si adik yang sorang.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

19 August 2013

Darjat Seseorang Masih Menjadi Isu?



ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman sekarang ni pun masih lagi ada manusia yang membezakan darjat sesama manusia.
siapa sokong kalau kita belajar sampai degree and pasangan kita pon perlu ada degree?
aku memang tak sokong. itu semua tak menjamin masa depan kebahagian pun.
kalau dah tertulis dalam buku perjalanan hidup bercerai, tetap bercerai jgk kan?
time tu tiada istilah kahwin sama darjat ni menjamin masa depan.
ok kenapa aku emo tentang kisah yang satu ini? sebab benda cam ni masih berlaku lagi zaman sekarang, disekeliling aku.
walaupun bukan pada diri aku, akan tetapi sedikit sebanyak aku merasai dan kasihani pasangan yang tidak direstui oleh ibu semata-mata kerana si anak mempunyai degree bercinta dengan pasangan yang hanya memperolehi sijil saja.
WTH. salah ke jika hanya punya sijil ja? tak salah kan.
aku bukan nak mengaibkan orang, tapi kenyataan kalau si ibu nak cakap pasal darjat, memang tak patut pun.
sebabnya kekasih si anak walaupun berstatus sijil, duduk rumah flat and kereta wira lama sekalipun, dia masih lagi berharta.
nak kaya mana lagi? bersyukur la wahai makcik.
salah ke anak makcik bercinta dengan lelaki itu?
sepatutnya makcik fikir rasional, jika laki itu cukup ilmu agama, mampu mendidik ank makcik, mampu memberi kebahagiaan padanya dan berjanji akan setia selama dengan nya, syukur.
itu lah kaya even bukan kaya harta. makcik nak ank makcik kahwin dengan sedarjat ngan makcik?
hello jom kita ukur diri kita dulu makcik. harta dunia kita boleh bawak masuk dalam kubur ke tak?
amalan kita yang akan dihitung nanti, bukan kekayaan harta kita.
bukan nak mengajar dan aku tahu ini kisah hidup orang lain.
tapi aku yang mendengar dan melihat sangat sedih dan kasihan pada si anak.
makcik nak anak datuk ke untuk kahwin ngan ank makcik?
kalau itu la makcik minta, setarafkah makcik dengan mereka? jauh tidak setaraf darjatnya.
itu jika makcik nak cakap pasal darjat la.
sebab ikutkan ic anak makcik jek lahir kat malaysia, unfortunately you are still outsider people who come and stay in malaysia.
patut dari situ makcik dah boleh fikir, dan mengucaplah banyak-banyak.
anak makcik tu jenis sush nak bercinta, dan bila kali ini bercinta makcik halang kerana makcik kata laki itu tak sedarjat makcik?
ho ho ho. so funny. who you are makcik? did bloody royal descent? have mix bloody?
so funny this aunty. she judge the other person without thinking who is she in this country. so funny.
so jangan la sebab darjat anak yang tak berdosa itu terima bahananya.
restuilah dia. kalau makcik nak tengok anak makcik bahagia.
kalau tak smpai ketua lah anak makcik tak kahwin.
kata tak nak ank kahwin dengan sepupu sepapat, sebab nanti tak berkembang generasi, tapi bila da ada calon di reject pula kerana status "DARJAT".
sampaikan makcik sanggup guna "BOMOH" untuk memutuskan hubungan anak makcik dengan laki itu?
MasyaAllah tergamak makcik buat begitu pada anak kandung sendiri.
dont be selfish makcik, yang nak kahwin anak makcik bukan makcik.
makcik lbh pentingkan darjat dari kebahagiaan anak sendiri?
Wallahualam.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

30 July 2013

Monolog 5

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman sekarang jangan memilih sangat kerja. sebab kerja zaman sekarang ni memang sangat susah dicari.
lagi-lagilah keje gov ni. berzaman rasanya nak tunggu. belum ada nasib untuk aku lagi kerja gov ni.
bukan bermakna kerja kat tempat sekarang ni tak ok. actually its more better from other place.
area worker is quite good for me, the boss very kind people. and they are not arrogant as a big boss.
tapi bila da nama pon kerja kan. pressure sikit sebanyak tetap ada. mustahil tak ada.
pressure aku kadang-kadang aku rasa sebab ada yang cuba mencari kesalahan dan letak kesalahan kat aku.
huh, sorry la weh. takkan dapat buli aku ok.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Dugaan Bulan Puasa

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

24/7/2013 -rabu.
saat menjelang waktu berbuka, ketika di dalam kereta menuju kerumah dari tempat kerja emak di kempas.
ketika di atas highway perling-pasir gudang. macam-macam dugaan aku hadapi.
salah satunya adalah:
--> stuck at the jem.
--> facing the unrespectable driver.
--> gastric
--> tired feets.
--> cannot see anymore car with white color. a big car.
ini semua dugaan petang tu yang aku harungi. sesungguhnya Allah sedang menguji tahap kesabaran ini.
tp dugaan yang paling mencabar adalah facing a unrespectable and arrogant driver with big white car.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

29 July 2013

Monolog 4

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.
ini melibatkan masa depan kita, hidup kita, dan kebahagiaan kita. dengan siapa kita akan kongsi kehidupan kita.
tapi mungkin ada hikmah jika kita lambat kahwin. bukan bermakna kita ni tak laku, mungkin belum sampai seru saja.
akan tetapi bila difikirkan semula mampu dan layakkah aku menjadi teman sehidup dan semati bersama si dia.
bolehkah si dia menerima baik buruk diri ini, dan bolehkah aku menawan hati keluarga si dia.
ini kerana sememangnya aku tak reti bagaimana nak mulakan silaturrahim dengan orang yang tidak ku kenali.
i wish i can do this in future,
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers