09 October 2010

.::Secebis Bingkisan::.

Ya Allah ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau Catatkan
Dia milikku tercipta buatku Engkau 
Satukanlah hatinya dengan hatiku dan
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi,

Dan Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Esa lagi Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini 
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku 
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan ini,

Serta ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit
Hilang Bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya,

Dan ya Allah yang tercinta
Gantikahlah yang telah hilang 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya,

Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan 
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau lagi Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini,

Ya Allah cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi Pemeliharaku
Di Dunia dan juga di Akhirat nanti
Dengarlah permintaan dan rintihan dari
HambaMU yang daif ini ya Allah
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian 
Di Dunia ini mahupun di Akhirat nanti
Menjerumuskan aku kearah
Kemaksiatan dan Kemungkaran,

Maka kurniakanlah padaku seorang 
Pasangan yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama
Mendapat keredhaan dari Mu ya Allah
Dan seterusnya ya Allah
Dapatlah Aku membina hidup ini dengan penuh kesejahteraan
Ke Jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami ya Allah
Keturunan yang soleh dan solehah
Amin..Ya Rabbal A’lamin..


-Bingkisan Doa Daripada Seorang Teman..


Yang Suka Berceloteh:

.::Printing Shop::.

assalammualaikum..
hari ni terasa sangat kecewa sikit..
sebab nya assignment Object-oriented Programming yang da siap n kena hantar arini xdapat aq lakukan..
semuanya kerana printing shop..
time2 cmni la sume nye tutup..
mentang2 lah arini hari sabtu..
tapi agak2 la kan..sume cam berkomplot jek nak tutop..
xkecian taw kat student2 yang xde printer kat umah ni..:P
huhuhu..nasib badan..ade satu kedai printing jek bukak arini..
tu pon kat luar kolej..
kedai cc..tp malang seh..
mahal giler..da la mahal..print color sebab konon2 nak bg nmpk design OOP tu..
da half assignment aq print sekali baru terperasan..
bahawasanya subject code aq xlengkap...
huwaaaaaaa...alangkah kecewa rase hati..
da la td kt kedai tu melayang duit aq rm16.00 untuk 20page color..
mahal kn3..sabar jek la...
dugaan hari sabtu..
pocket aq da pokai...huwa......
:(

Yang Suka Berceloteh:

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers