17 December 2009

.::jom relaks2::.

jom kengkawan, Relaxkan minda jap…
*
*
*
*
*
*
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
*
*
*
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

>budak : derma ape bang?
>lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
>budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
>lelaki : ?????
*
*
*
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

>Farid : Mengapa?
>Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
>Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
>Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........
*
*
*
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! "
*
*
*
Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Lok Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra
tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAn HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
*
*
*
Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
*
*
*
Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .

>" Assalamualaikum "
> " Walaikumsalam "
> " Ni rumah encik Sameon ye?
> " Ya saya"
> " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
> " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
*
*
*
Citer 8
Orang Asli Dan Polis

> orang asli : selamat pagi tuan
> polis : selamat pagi
> polis : apa hal
> orang asli : saya nak buat repot tuan
> polis : fa sal apa tu
> orang asli : kawan saya di baham harimau
> polis : pukul berapa
> orang asli : dia tak pukul, terkam
> polis : habis?
> orang asli : tak habis, tinggal kepala
*
*
*
Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata
lelaki itu dengan riang.
*
*
*
Citer 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

> "Atok buat apa tu?".
> "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
> Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
*
*
*
Citer 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik ma yat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat -mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

> Polis : Mengapa ketiga-tiga ma yat tersenyum?
> Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
> strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
> jantung manakala yg ketiga disambar petir.
> Polis : Hah! Ke0napa disambar petir pun tersenyum?
> Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


nukilan:

.::diet Rasullullah S.A.W.::.

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullullah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah
ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

DIET RASULLULLAH S.A.W

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam


nukilan:

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers