17 January 2012

AQ HANYALAH MANUSIA BIASA

ku tak pernah mengharap untuk memiliki sesuatu yang ku tahu bukan untuk ku..
ku juga tak pernah mencipta harapan yang pastinya ku tahu ia takkan pernah terjadi..
ku juga tak pernah memilih untuk memiliki sesuatu yang ku tahu ia bukan untuk ku..
ku bersyukur dan berserah kepada-NYA kerana memberiku peluang untuk bernafas setiap saat tanpa mengira kekhilafan masa laluku..

aq hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kekhilafan..
yang kadang-kadang kekhilafan yang ku lakukan adalah tanpa ku sedar dimana titik mulanya..
aq hanyalah manusia biasa yang kadang-kadang menaruh perasaan..
tetapi ku yakin dan menyedari akan menaruh perasaan itu akan membuat diri sendiri merana kemudian hari..

benar aq manusia biasa..
yang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa..
yang tidak pernah terlepas daripada merasai kesakitan..
yang tidak pernah terlepas daripada merasakan kebahagian..
dan ku tidak pernah meminta, mengharap bahkan memilih..
kerna ku tahu semuanya takkan pernah aq peroleh jika aq tidak pandai bersyukur kepada-NYA..
ku haruslah bersyukur dengan setiap apa yang diberikan kepada ku..
dan janganlah aq sekali-kali berpaling daripada-NYA..

ya..janganlah aq tergolong kepada golongan yang tidak pandai bersyukur..
jauhkanlah sikap-sikap negative dalam kehidupan harian ku ini..
ku berdoa kepada-MU YA ALLAH..
sesungguhnya ku tahu..
aq hanyalah manusia biasa yang sinonim dengan sifatnya yang pelupa..

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers