29 July 2013

Monolog 4

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.
ini melibatkan masa depan kita, hidup kita, dan kebahagiaan kita. dengan siapa kita akan kongsi kehidupan kita.
tapi mungkin ada hikmah jika kita lambat kahwin. bukan bermakna kita ni tak laku, mungkin belum sampai seru saja.
akan tetapi bila difikirkan semula mampu dan layakkah aku menjadi teman sehidup dan semati bersama si dia.
bolehkah si dia menerima baik buruk diri ini, dan bolehkah aku menawan hati keluarga si dia.
ini kerana sememangnya aku tak reti bagaimana nak mulakan silaturrahim dengan orang yang tidak ku kenali.
i wish i can do this in future,
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

20 Ramadhan 1434

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari ini 20 Ramadhan 1434 hijriah. maksudnya dah 20 hari umat Islam seluruh dunia sambut puasa.
Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk berpuasa lagi. suasana hari raya aku rasa sudah pun ada pada sesetengah individu.
ini kerana super market yang sesak dengan family yang ramai. semuanya sudah bersedia mencari kelengkapan untuk menyambut syawal tak lama lagi.
tapi aku, masih lagi tak mencari apa-apa untuk raya tahun ini. penting ke? depends pada orang juga lah pendapat ni. huhu.
selama 20hari puasa inilah aku dan emak bertungkus lumus menyiapkan tempahan kuih customer.
tidur xpernah cukup. keletihan dan kelesuan setiap hari.
orang kata ini rezeki ramadhan sebab emak dapat banyak tempahan. syukur Alhamdulillah.
tapi penat jangan cakap la. ada kalanya tengah buat kuih pon mata boleh terlelap.
pastu subuh lagi dah gerak pergi hantar mak ke tempat kerja before pergi tempat kerja aku.
what the feeling? i'm feel so tired and really tired.
but what can do? just ucapkan syukur kepada-MU Ya Allah, kerana memberi peluang rezeki di hari dan bulan baik ini.
(dangerous: tengah drive pagi-pagi mata boleh terlelap!! terasa melayang kereta yang dipandu. aish.)
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Monolog 3

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

ada satu hari bincang dari hati ke hati dengan mak.
perbincangan or secara tepatnya luahan isi hati anak perempuan pada emaknya.
perbincangan menjurus pada aspek perkahwinan. dalam posted sebelum ini aku kata target 2015 kahwin kan?
so mak kate la ala kahwin jek umo 30. aq kate takkan umo 30 baru nak kahwin.
emak macam membangkang. tapi sebenarnya bukan itu niat mak.
perbincangan ini sampai membuatkan emak n aku menitiskan air mata.
kata emak " takkan mak tak nak buat majlis untuk anak emak? anak emak bukan ramai, 2 orang jek. tentulah emak nak buat majlis"
ayat tu mak ungkap sambil menitiskan air mata.
YA ALLAH sesungguhnya tiada lah niat untuk buat emak menangis.
aku paham ape yang emak maksudkan, apa yang menjadi kegusaran hati emak.
sebelum aku cakap pada emak sememangnya aku sudah fikir masak-masak.
zaman sekarang ni berlambak pinjaman peribadi yang ditawarkan. cuma lulus or tidak saja pinjaman yang kita nak.
tapi kalau boleh aku tak nak buat personal loan. sebab nanti hutang akan bertambah lagi.
kalau ikutlah cakap emak umur 30 baru kahwin, tak payah buat loan pon aku pnye saving insya-Allah cukup.
tapi itu 6tahun lagi. sangat lama plak rasanya. bagai kata si dia, kadang-kadang permintaan orang tua ni lebih afdal kalau kita turuti.
bila aku soal balik si dia " awk ok ke umur 30 baru kahwin"
hah tak berjawab soalan tu, hanya dengar gelakan dari dia saja.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers