11 April 2014

Orang Utara Mai Selatan (Gambar)

ok jom layan gambar sepanjang si dia ada kat sini.

figure kat atas ni permandangan kat tepi laut, nun kat seberang Singapore. 
"You will be happy if you can make someone happy even the thing you do is not a big deal"


figure 2:
makan McChicken+sundae chocolate+milo ais kat tepi laut.

figure 3:
di larkin sentral, si dia beli roti and air sebagai sarapan sebelum bertolak kembali ke Penang.

figure 4:
minggu ni adalah minggu bunga. terfikir if lah kalau dia di JB lg...

figure 5:
first night his arrived at Johor. Sebab perut da masuk angin, dia menanggung kesakitan malam tu. Cian dia.

figure 6:
dekat larkin. hantar si dia ke terminal.
sebelum berpisah snap dulu gmbr.
dia cakap " time ada masa banyak xmo snap gmbr, skrg ni baru nak snap."
huhu..kisahnya saya ni pemalu nak amik gambar ngan awak.
sebab xtau awak suka atau tak nanti.

figure 7:
ada orang kata muka kita sama.
sampaikan ada yang tegur "eh ni siapa? adik beradik ke?"
haha. sememangnya sama ke muka kita?
kalau sorang yang berkata tak pe.
tapi kesemua bestie saya kata perkara yang sama.

*p/s: will miss you love. i know you feel what i feel  to right.
thanks for a few days hangout together with me.



08 April 2014

Orang Utara Mai Selatan.

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

selama dekat tiga tahun kita tak pernah bersua muka.
yang menghubungkan kita hanya lah talian telefon.
betapa jauhnya PJJ yang kita lalui.
yang membuatkan kisah kita sangat unik.
kita tak seperti pasangan lain, yang sentiasa berada di depan mata sentiasa.
hubungan kita special, berbeza dan unik.
dan ia mengajar kita erti sabar dan tabah serta mempercayai antara satu sama lain.

akhirnya 3/4/2014 kita berjumpa untuk sekian kalinya.
betapa happynya saya bila dapat tgk awak depan mata saya.
betapa kakunya saya bila berhadapan dengan awak.
dan untuk mengurangkan kekakuan itu, saya lbh banyak bercakap supaya awk juga tak kaku berkata.

selamat datang ke Johor, negeri di selatan tanah air.
jauh dari utara tanah air, tempat asal awk.
selama 9jam awak bersabar di dalam bas dan berkunjung ke sini.
alhamdulillah, awk selamat sampai.

tapi first day awak kat sini, awak da jatuh sakit.
perut awak masuk angin, muka awak berubah tahan kesakitan.
saya takut, risau kalau sakit awak tu boleh jadi gastrik.
sgt risau tentang awak. tapi alhamdulillah, esoknya awk bangun da kembali sihat sedikit.
even masih terasa lg perut awak sakit.

4/4/2014 kita keluar untuk mencari barang lain.
tapi lain yang kita dapat.
awak pun setuju bila saya kata apa yang saya tgk tu comel.
cantik, and awk belikan untuk saya.
saya malu, tapi terima kasih love.
awak juga yg bg idea untuk matching2 kan baju n tudung saya.
hahah..nampak sgt sy tak pandai bergaya. (^-^)v
sebelum kita keluar pergi tempat kawan saya nikah,
kita lunch together. mata awak melekat kat tv. khusyuk nya.
tapi lunch tu lauk biasa2 jek. xde special nak masakkan ntok awak makan.
tapi lauk ni awak xpernah makan kat tempat awak kan?
dan syukur awak menyukainya. sambil berkata tak puas makan ayam masak asam pedas yang emak masak.

malam pula after balik dari ambil emak kat tempat kerja, kita siap2 untuk keluar.
saya tak tahu nak bawa awak berjalan ke mana.
akhirnya kita ke jusco dan menonton wayang saja.
time tu da pukul 10.30 mlm.
so kita memang decide nak tengok captain america.
tapi tiket sold out. yang tinggal hanya pukul 11. and seat 3 ke depan dari screen.
mendongak kita tengok filem tu. dengan berbekalkan ice lemon tea and sweet corn kita menonton wayang together. untuk first time kita menonton wayang kan.
kita balik umah dan terus tidur.

5/4/2014 perkara yang buat awak sampai juga ke johor adalah untuk menjadi pengapit pengantin.
first time awak dan saya jadi pengapit. tapi awak yang blur.
sebab kat johor tiba2 ada "tol".
awak pun cerita pengantin lelaki ajar awak jadi pengapit.
mesti lain kan majlis kahwin kat belah utara dengan selatan.
sebab awak blur. hihi.
tapi nasib baik awak pandai bawa diri kat sini.
dan pada tarikh ini juga awak sesat kan. saya sangatlah gelabah tak tentu hala bila taw awak sesat nak balik umah. 
rumah kat tiram, tapi awak nun jauh sesat sampai ke larkin.
tapi bila fikir semula kelakar sebab awak sesat. tapi awak tak gelabah.

awak cakap pas wedding kwn sy tu kita p makan MCD petang tu.
tapi kita tak jadi p petang, kita p malam.
so malam tu saya bawa awak jalan2.
mula2 kita ke jusco ambil barang yang adik awak minta tolong ambilkan dari balak dia.
then kita masuk jusco dan awak buat permintaan.
tolong carikan sehelai t-shirt.
oh no.............saya memang zero tentang pakaian.
tapi akhirnya awak juga bagi clue dan decide nak warna apa.
hihi..sorry awak saya memang tak pandai dalam pilih memilih baju ni.
then saya da janji kan, nak bawa awak duduk lepak tepi laut.
jadi ke danga la saya bawa.
sebelum tu, kita singgah drive thru MCD.
sampai kat tepi laut, saya bagitahu awak, seberang yang bercahaya tu Singapore.
awak pnye teruja. senyum lebar.
kita borak2, makan mcd, mkn aiskrim dan balik umah sebab hujan da turun.
dalam perjalanan balik, saya tnjukkan awak jalan stulang laut.
kat situ lebih dekat boleh nampak singapore.
sekali lagi keterujaan awak kelihatan.
senyuman tak pernah lekang dari bibir awak.
itu je mampu saya bawa awak jalan2.
schedule kita pack dan tak cukup masa nak bawa awak jalan2 jauh.

6/4/2014 tiba masa awak balik semula ke utara.
awak cakap kenapa sedih2 ni.
saya kata mana ada. sebolehnya saya tahan sebak kat dada.
tapi bila da kena tegur ngn awak, kompem2 la tertitis juga air mata ni.
paling pilu, dan tak dapat saya tahankan air mata ni time awak da gerak naik bas.
sebak giler dada ni.
dan saat tu saya bertambah yakin, bahawa saya sayangkan dan cintakan awak.
kalau boleh saya tak nak lepaskan awak.
tapi saya sedar kita belum ada ikatan yang sah lagi.
bila masa itu akan tiba?
Insya-Allah...
bila tiba masa nya kita akan bersatu.
bersatu hingga ke Jannah.
mcm kawan2 saya yg lain.
amin.......

"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers