03 August 2015

Perginya meninggalkan sejuta kenangan..

Allahuakbar.. Besar ujian dan dugaan-Mu untuk tunangku sekeluarga Ya Allah..
Kehilangan seorang suami dan seorang bapa sangat2 dirasai tunangku sekeluarga..
Bertabahlah cinta.. Allah lebih menyayangi arwah melebihi kita..
Kuatkan fizikal dan mental mu cinta untuk menempuhi hari akan mendatang..
Kita yang hidup, perlu teruskan kehidupan..
Sentiasa lah berdoa dan sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah..
Sesungguhnya abah berada dalam golongan2 yang Allah kasihi..
Al-fatihah..

29 March 2015

Hati Berbicara Mengalunkan Kata

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bila hati berbicara:

Tiadalah rasa aman di hati,
Tiadalah rasa tenang di hati,
Tiadalah rasa nikmat di hati.

Pabila semua rasa menjadi satu,
Pasrah untuk sesuatu yang tak pasti,
Bukanlah diri tidak bersyukur,
Tapi setiap manusia di muka bumi pastinya mempunyai angan-angan sendiri dalam kehidupan ini.

Tidaklah diri ini ingin memikirkannya lagi,
Kerana diri ini cukup terasa dengan apa yang sedang dilalui,
Bukan dugaan yang membahayakan nyawa,
Tapi sekadar dugaan yang datang menguji keteguhan secebis iman,
Dugaan yang datang untuk menguji tahap kesabaran,
Serta dugaan yang datang untuk menguji ketabahan diri.

Tiadalah kita sebagai hamba NYA mampu melawan qada' dan qadar,
Semuanya telah ditetapkan,
Manusia hanya mampu merancang dan berusaha,
Allah Yang Maha Esa jualah menentukan segala-galanya.

اكو انسان بياسا

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers