بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Bila hati berbicara:
Tiadalah rasa aman di hati,
Tiadalah rasa tenang di hati,
Tiadalah rasa nikmat di hati.
Pabila semua rasa menjadi satu,
Pasrah untuk sesuatu yang tak pasti,
Bukanlah diri tidak bersyukur,
Tapi setiap manusia di muka bumi pastinya mempunyai angan-angan sendiri dalam kehidupan ini.
Tidaklah diri ini ingin memikirkannya lagi,
Kerana diri ini cukup terasa dengan apa yang sedang dilalui,
Bukan dugaan yang membahayakan nyawa,
Tapi sekadar dugaan yang datang menguji keteguhan secebis iman,
Dugaan yang datang untuk menguji tahap kesabaran,
Serta dugaan yang datang untuk menguji ketabahan diri.
Tiadalah kita sebagai hamba NYA mampu melawan qada' dan qadar,
Semuanya telah ditetapkan,
Manusia hanya mampu merancang dan berusaha,
Allah Yang Maha Esa jualah menentukan segala-galanya.
اكو انسان بياسا