26 August 2013

Resah gelisah, gundah gulana

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari sabtu juga lah hari dimana hati ini menjadi resah gelisah, gundah gulana.
ini semua kerana ada la kerana si dia yang tiba-tiba menghilang tanpa dapat dijejak.
calling tak dijawab, messanging pula tak berbalas. manalah perginya si dia ni.
after balik dari kenduri and beraya sabtu lepas, try call tapi tak berjaya. last-last yang berjaya adalah operator yang angkat.
aish..mana dia pergi? hilang tanpa khabar. walaupun belum sehari dia tak call or msg, tapi terasa lain mcm pula perasaan ini.
dari petang bawa ke malam bawa ke pagi bawa ke tengahari esoknya.
and then barulah berjawab call ku itu. apa da jadi bila aku bertanya, dengan selamba rock kapaknya si dia kata, tertidur seharian.
and phone pada little sis. geram la juga hati ini, sebab da fikir macam-macam time dia menghilang.
sekali rupanya dia sedang nyenyak di buai mimpi. kalau dekat dah lama kena cepuk.
bila aku story kat dia tentang risau ini bawa ke mimpiku, si dia ketawa kan.
hai la nasib sabar jek la. nasib lah he is my future husband. insya-Allah.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Kenduri + Beraya

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

kisah ni berlaku sabtu lepas. ada kenduri dekat rumah pakcik aku (belah abah).
majlis belah laki la katakan so hanya makan beradap. lokasi di Air Tawar 2 kat Kota Tinggi.
nama ja anak jati johor, tapi jalan ke sana lom penah lalu lagi.
yang drive aku, mak abah pon bukan jenis yang berjalan, maklumlah dulu tak ada kereta.
lepas aku abis study dan kerja barulah ada kereta sendiri. nak di jadikan cerita pegi main redah jek la.
mula2 p Felda Air Tawar 2 umah pengantin, after tu p beraya umah abg kepada abah kat Felda Semenchu.
pastu baru balik. balik bawa buah manggis and rambutan. akhirnya dapat makan manggis semenjak "mengidam" before ramadhan lagi.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

23 August 2013

Abah Mengigau Adik Terkejut!

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari ini hari jumaat penghulu segala hari. berlaku nya kisah yang lucu subuh tadi.
sememangnya sangat kelakar bila dikenang semula.
story pagi tadi adalah abah mengigau dalam tidur nya.
sememangnya bila abah mengigau, aku dan emak terasa takut melihatnya. sebab abah mengigau dengan sangat lah gerun.
bagaikan mimpi yang sedang dialaminya sangat menggerunkan dan penuh bahaya.
aku yang mendengar mengejutkannya, ingatkan abah sedar rupanya tidak.
then adik pula yang datang dan disuruh oleh emak untuk kejutkan abah dari tidur.
saat dia kejut abah, sekali abah menyergah dia dalam ngigaunya, adik yang terkejut "beruk" apa lagi terus melompat ke belakang setapak.

muwahahahaahahaha.. time tu aku yang melihat keadaan itu bersama emak hanya mampu ketawakan telatah dia sahaja.
lepas tu barulah abah terjaga dari tidur nya sambil terpinga-pinga. sudahnya adik soal abah ok ke? abh menyoal adik semula.
hahahaha. serious kelakar situasi subuh tadi.
dalam hati 'padan muka adik. kan da terkejut beruk'.
p/s: si kakak yang merajuk hati dengan si adik yang sorang.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

19 August 2013

Darjat Seseorang Masih Menjadi Isu?



ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman sekarang ni pun masih lagi ada manusia yang membezakan darjat sesama manusia.
siapa sokong kalau kita belajar sampai degree and pasangan kita pon perlu ada degree?
aku memang tak sokong. itu semua tak menjamin masa depan kebahagian pun.
kalau dah tertulis dalam buku perjalanan hidup bercerai, tetap bercerai jgk kan?
time tu tiada istilah kahwin sama darjat ni menjamin masa depan.
ok kenapa aku emo tentang kisah yang satu ini? sebab benda cam ni masih berlaku lagi zaman sekarang, disekeliling aku.
walaupun bukan pada diri aku, akan tetapi sedikit sebanyak aku merasai dan kasihani pasangan yang tidak direstui oleh ibu semata-mata kerana si anak mempunyai degree bercinta dengan pasangan yang hanya memperolehi sijil saja.
WTH. salah ke jika hanya punya sijil ja? tak salah kan.
aku bukan nak mengaibkan orang, tapi kenyataan kalau si ibu nak cakap pasal darjat, memang tak patut pun.
sebabnya kekasih si anak walaupun berstatus sijil, duduk rumah flat and kereta wira lama sekalipun, dia masih lagi berharta.
nak kaya mana lagi? bersyukur la wahai makcik.
salah ke anak makcik bercinta dengan lelaki itu?
sepatutnya makcik fikir rasional, jika laki itu cukup ilmu agama, mampu mendidik ank makcik, mampu memberi kebahagiaan padanya dan berjanji akan setia selama dengan nya, syukur.
itu lah kaya even bukan kaya harta. makcik nak ank makcik kahwin dengan sedarjat ngan makcik?
hello jom kita ukur diri kita dulu makcik. harta dunia kita boleh bawak masuk dalam kubur ke tak?
amalan kita yang akan dihitung nanti, bukan kekayaan harta kita.
bukan nak mengajar dan aku tahu ini kisah hidup orang lain.
tapi aku yang mendengar dan melihat sangat sedih dan kasihan pada si anak.
makcik nak anak datuk ke untuk kahwin ngan ank makcik?
kalau itu la makcik minta, setarafkah makcik dengan mereka? jauh tidak setaraf darjatnya.
itu jika makcik nak cakap pasal darjat la.
sebab ikutkan ic anak makcik jek lahir kat malaysia, unfortunately you are still outsider people who come and stay in malaysia.
patut dari situ makcik dah boleh fikir, dan mengucaplah banyak-banyak.
anak makcik tu jenis sush nak bercinta, dan bila kali ini bercinta makcik halang kerana makcik kata laki itu tak sedarjat makcik?
ho ho ho. so funny. who you are makcik? did bloody royal descent? have mix bloody?
so funny this aunty. she judge the other person without thinking who is she in this country. so funny.
so jangan la sebab darjat anak yang tak berdosa itu terima bahananya.
restuilah dia. kalau makcik nak tengok anak makcik bahagia.
kalau tak smpai ketua lah anak makcik tak kahwin.
kata tak nak ank kahwin dengan sepupu sepapat, sebab nanti tak berkembang generasi, tapi bila da ada calon di reject pula kerana status "DARJAT".
sampaikan makcik sanggup guna "BOMOH" untuk memutuskan hubungan anak makcik dengan laki itu?
MasyaAllah tergamak makcik buat begitu pada anak kandung sendiri.
dont be selfish makcik, yang nak kahwin anak makcik bukan makcik.
makcik lbh pentingkan darjat dari kebahagiaan anak sendiri?
Wallahualam.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers