11 December 2013

Kisah Hati

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

Cerita ni kisah malam kelmarin. time sesi luahan hati dengan si dia.
Dia kata aku takkan pernah call dia siang-siang hari. Lebih-Lebih lagi kalau sampai 2kali.
Biasa hanya msj saja. Dan dia kata aku "tak pernah nak ambil tahu" tentang dia siang-siang hari.
Or secara tepatnya aku tak pernah pedulikan dia siang hari.
Aku terkejut, betulkah aku macam tu. if betul I'm so sorry my dear.
Aku bukan xpeduli dan tak ambil berat tentang dia.
But sometime, aku sendiri tak tahu macam mana nak tunjukkan yang aku ambil berat tentang dia.
Sememangnya aku sangatlah tak pandai untuk menunjukkan keprihatinan pada seseorang.
Aku selalu risau jika cara aku menunjukkan keprihatinan pada dia akan membuatkan dia tak selesa.
Aku selalu perhatikan kawan-kawan yang lain, diorang akan sentiasa memantau pergerakkan couple diorang dari semasa ke semasa.
Diorang juga pada pandangan aku seperti "QUEEN CONTROL" with their couple.
Honestly I dont want be like that.
Pada aku selagi hubungan itu masih belum di cop "HALAL" or belum ada ikatan pertunangan itu bermaksud aku tak ada hak melarang dia dari membuat sesuatu.
Cukup lah kalau dia mengingati yang aku wujud dan ada sebagai couple dia. Dan cukuplah jika dia buat sesuatu perkara tidak sampai diluar batasan.
Sebab aku percaya dan yakin dia takkan cuba menduakan aku. Insya-Allah.
So, terdetik kat hati ni, adakah selama ni dia terasa hati bila aku tak msj die siang hari?
Apa yang perlu aku lakukan ya??

*p/s: hey awak..saya cuma nak kata..bila saya tak msj awk siang hari bukan bermaksud saya tak endahkan dan tak perdulikan awak..
Jika saya tak pernah ungkapkan "I LOVE YOU" bukan bermakna saya tak sayang dan cintakan awak.
Jika saya kaku, blur, tegak dan tak romantis, bukan bermakna saya tak ada perasaan cinta pada awak.
Cuma awak kena tahu, even tiada kata-kata indah saya ungkapkan, tapi awak adalah istimewa pada saya.
Awak mula hadir sebagai kawan, menjadi teman, menjadi sahabat, menjadi kekasih dan kalau di izinkan ALLAH, saya harap awak menjadi imam dalam keluarga saya satu masa nanti.
Insya-Allah, may Allah bless our relationship until jannah perhaps.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Good Morning Love

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

Pagi ni hati berbunga-bunga.
Sebabnya dia wish good morning "syg".
Seriusly, panggilan yang sangat-sangat jarang di dengar or di type oleh dia.
Bila baca msj camtu, aku tersimpul malu (ish menggedik plak aku ni..hihi)
Walaupun dengan sepotong ungkapan, satu msj, tapi ia sudah cukup untuk membuat aku tersenyum.
Thanks love for the wished.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

10 December 2013

Cemburu Punya Pasal


ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

Ok sebulan melenyapkan dan menyenyapkan diri dari ber-blogin.
So updated kali ini more pada kekhilafan diri.
Kenapa timbul perasaan cemburu dalam diri manusia? Kerana cemburu itu sifat semula jadi manusia. Tapi kita boleh kawal sifat cemburu tu dari terus bermaharaja lela. Sebab cemburu ni tak la bagus sangat.
Kadangkala ia boleh menyebabkan orang sekeliling kita menjadi bosan dengan sikap kita ini.
So, as a human being, aku tak terlepas dari perasaan cemburu ni. Semua ini kerana dia.
Tapi aku bukan cemburukan kawan-kawan dia yang merangkap Adik-adik dia.
Tapi aku cemburu pada diri dia sendiri. It's so hard to explain why im jealous with him.
But yesterday, both of us have express what we feel in two three days ago.
So for me the wrong 50% belong to me and 50% belong to him. So it's fair right?
And I agreed when he said that my jealous is over ok. haha.. So what can I do? It all has happened right.
Cannot be turned back into the past. So past is past.

So yesterday when we both have talk together, aku dapat tahu yang seorang kawan dia mungkin salah faham dengan komen aku yang satu itu.
Actually the comment just a joke for him. But it can cause a misunderstanding to other people.
So, with a humble heart, I'm so sorry Keon. Also to him, I'm so sorry being a jealousy person.
Tapi jealous saya bertempat ya. :)

Also, like you said we make a different relationship from other couple.
We make a special thing that other couple not do it.
Because you at north and I'm at south. Makes the relationship between us more special.
Ya, aku akui tentang itu, dan aku tidak pernah memaksa untuk dia datang ke selatan semata-mata untuk bertemu, even kadang kala hati terdetik untuk berjumpa si dia.
Tapi aku akui utara bukan sebelah dengan selatan. It takes many hours travel to south.
Aku tak pernah meletakkan harapan tinggi untuk dia dan aku bertemu.
Sebab aku tahu, someday we will together Insya-Allah.
May Allah bless our relationship.

Dalam perhubungan takkan selalunya manis bagai madu, kadang kala akan terasa tawar dan pahit bagai hempedu.
Tapi ingatlah, selagi kita yakin dengan Allah, pasti perhubungan kita dengan pasangan akan direstui until jannah. Insya-Allah.

*p/s: Jauhi sikap cemburu, kerana cemburu itu memakan diri sendiri.
Cemburu sesama manusia tak salah, tapi better cemburu itu lebih kepada akhirat dan bukan nya kepada dunia semata-mata. (maksudnya cemburulah dengan orang yang sangat kuat ibadahnya dan kuat cintanya kepada Allah, dan bukan cemburu kepada orang yang kuat cintanya kepada manusia semata-mata) Insya-Allah jika betul cara kita, Allah akan permudahkan segala urusan dan dugaan yang diberi kepada kita.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

21 October 2013

I Wish

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

to say a sentence "I Love You", I'm so shy. to say a sentence "sy syg awk", I feel scared.
because the sentence contains the word "syg", which of course I know you do not like the word.
so what the best word I can said to you?
it would better if I don't say anything.
but you need know, even I did not saying the all romantic word like the other couple, you always in my heart.
if destined by Allah that you are my soul mate, my heart, and my everything, i wish the relationship will going until jannah.

"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

26 August 2013

Resah gelisah, gundah gulana

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari sabtu juga lah hari dimana hati ini menjadi resah gelisah, gundah gulana.
ini semua kerana ada la kerana si dia yang tiba-tiba menghilang tanpa dapat dijejak.
calling tak dijawab, messanging pula tak berbalas. manalah perginya si dia ni.
after balik dari kenduri and beraya sabtu lepas, try call tapi tak berjaya. last-last yang berjaya adalah operator yang angkat.
aish..mana dia pergi? hilang tanpa khabar. walaupun belum sehari dia tak call or msg, tapi terasa lain mcm pula perasaan ini.
dari petang bawa ke malam bawa ke pagi bawa ke tengahari esoknya.
and then barulah berjawab call ku itu. apa da jadi bila aku bertanya, dengan selamba rock kapaknya si dia kata, tertidur seharian.
and phone pada little sis. geram la juga hati ini, sebab da fikir macam-macam time dia menghilang.
sekali rupanya dia sedang nyenyak di buai mimpi. kalau dekat dah lama kena cepuk.
bila aku story kat dia tentang risau ini bawa ke mimpiku, si dia ketawa kan.
hai la nasib sabar jek la. nasib lah he is my future husband. insya-Allah.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Kenduri + Beraya

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

kisah ni berlaku sabtu lepas. ada kenduri dekat rumah pakcik aku (belah abah).
majlis belah laki la katakan so hanya makan beradap. lokasi di Air Tawar 2 kat Kota Tinggi.
nama ja anak jati johor, tapi jalan ke sana lom penah lalu lagi.
yang drive aku, mak abah pon bukan jenis yang berjalan, maklumlah dulu tak ada kereta.
lepas aku abis study dan kerja barulah ada kereta sendiri. nak di jadikan cerita pegi main redah jek la.
mula2 p Felda Air Tawar 2 umah pengantin, after tu p beraya umah abg kepada abah kat Felda Semenchu.
pastu baru balik. balik bawa buah manggis and rambutan. akhirnya dapat makan manggis semenjak "mengidam" before ramadhan lagi.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

23 August 2013

Abah Mengigau Adik Terkejut!

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari ini hari jumaat penghulu segala hari. berlaku nya kisah yang lucu subuh tadi.
sememangnya sangat kelakar bila dikenang semula.
story pagi tadi adalah abah mengigau dalam tidur nya.
sememangnya bila abah mengigau, aku dan emak terasa takut melihatnya. sebab abah mengigau dengan sangat lah gerun.
bagaikan mimpi yang sedang dialaminya sangat menggerunkan dan penuh bahaya.
aku yang mendengar mengejutkannya, ingatkan abah sedar rupanya tidak.
then adik pula yang datang dan disuruh oleh emak untuk kejutkan abah dari tidur.
saat dia kejut abah, sekali abah menyergah dia dalam ngigaunya, adik yang terkejut "beruk" apa lagi terus melompat ke belakang setapak.

muwahahahaahahaha.. time tu aku yang melihat keadaan itu bersama emak hanya mampu ketawakan telatah dia sahaja.
lepas tu barulah abah terjaga dari tidur nya sambil terpinga-pinga. sudahnya adik soal abah ok ke? abh menyoal adik semula.
hahahaha. serious kelakar situasi subuh tadi.
dalam hati 'padan muka adik. kan da terkejut beruk'.
p/s: si kakak yang merajuk hati dengan si adik yang sorang.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

19 August 2013

Darjat Seseorang Masih Menjadi Isu?



ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman sekarang ni pun masih lagi ada manusia yang membezakan darjat sesama manusia.
siapa sokong kalau kita belajar sampai degree and pasangan kita pon perlu ada degree?
aku memang tak sokong. itu semua tak menjamin masa depan kebahagian pun.
kalau dah tertulis dalam buku perjalanan hidup bercerai, tetap bercerai jgk kan?
time tu tiada istilah kahwin sama darjat ni menjamin masa depan.
ok kenapa aku emo tentang kisah yang satu ini? sebab benda cam ni masih berlaku lagi zaman sekarang, disekeliling aku.
walaupun bukan pada diri aku, akan tetapi sedikit sebanyak aku merasai dan kasihani pasangan yang tidak direstui oleh ibu semata-mata kerana si anak mempunyai degree bercinta dengan pasangan yang hanya memperolehi sijil saja.
WTH. salah ke jika hanya punya sijil ja? tak salah kan.
aku bukan nak mengaibkan orang, tapi kenyataan kalau si ibu nak cakap pasal darjat, memang tak patut pun.
sebabnya kekasih si anak walaupun berstatus sijil, duduk rumah flat and kereta wira lama sekalipun, dia masih lagi berharta.
nak kaya mana lagi? bersyukur la wahai makcik.
salah ke anak makcik bercinta dengan lelaki itu?
sepatutnya makcik fikir rasional, jika laki itu cukup ilmu agama, mampu mendidik ank makcik, mampu memberi kebahagiaan padanya dan berjanji akan setia selama dengan nya, syukur.
itu lah kaya even bukan kaya harta. makcik nak ank makcik kahwin dengan sedarjat ngan makcik?
hello jom kita ukur diri kita dulu makcik. harta dunia kita boleh bawak masuk dalam kubur ke tak?
amalan kita yang akan dihitung nanti, bukan kekayaan harta kita.
bukan nak mengajar dan aku tahu ini kisah hidup orang lain.
tapi aku yang mendengar dan melihat sangat sedih dan kasihan pada si anak.
makcik nak anak datuk ke untuk kahwin ngan ank makcik?
kalau itu la makcik minta, setarafkah makcik dengan mereka? jauh tidak setaraf darjatnya.
itu jika makcik nak cakap pasal darjat la.
sebab ikutkan ic anak makcik jek lahir kat malaysia, unfortunately you are still outsider people who come and stay in malaysia.
patut dari situ makcik dah boleh fikir, dan mengucaplah banyak-banyak.
anak makcik tu jenis sush nak bercinta, dan bila kali ini bercinta makcik halang kerana makcik kata laki itu tak sedarjat makcik?
ho ho ho. so funny. who you are makcik? did bloody royal descent? have mix bloody?
so funny this aunty. she judge the other person without thinking who is she in this country. so funny.
so jangan la sebab darjat anak yang tak berdosa itu terima bahananya.
restuilah dia. kalau makcik nak tengok anak makcik bahagia.
kalau tak smpai ketua lah anak makcik tak kahwin.
kata tak nak ank kahwin dengan sepupu sepapat, sebab nanti tak berkembang generasi, tapi bila da ada calon di reject pula kerana status "DARJAT".
sampaikan makcik sanggup guna "BOMOH" untuk memutuskan hubungan anak makcik dengan laki itu?
MasyaAllah tergamak makcik buat begitu pada anak kandung sendiri.
dont be selfish makcik, yang nak kahwin anak makcik bukan makcik.
makcik lbh pentingkan darjat dari kebahagiaan anak sendiri?
Wallahualam.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

30 July 2013

Monolog 5

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman sekarang jangan memilih sangat kerja. sebab kerja zaman sekarang ni memang sangat susah dicari.
lagi-lagilah keje gov ni. berzaman rasanya nak tunggu. belum ada nasib untuk aku lagi kerja gov ni.
bukan bermakna kerja kat tempat sekarang ni tak ok. actually its more better from other place.
area worker is quite good for me, the boss very kind people. and they are not arrogant as a big boss.
tapi bila da nama pon kerja kan. pressure sikit sebanyak tetap ada. mustahil tak ada.
pressure aku kadang-kadang aku rasa sebab ada yang cuba mencari kesalahan dan letak kesalahan kat aku.
huh, sorry la weh. takkan dapat buli aku ok.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Dugaan Bulan Puasa

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

24/7/2013 -rabu.
saat menjelang waktu berbuka, ketika di dalam kereta menuju kerumah dari tempat kerja emak di kempas.
ketika di atas highway perling-pasir gudang. macam-macam dugaan aku hadapi.
salah satunya adalah:
--> stuck at the jem.
--> facing the unrespectable driver.
--> gastric
--> tired feets.
--> cannot see anymore car with white color. a big car.
ini semua dugaan petang tu yang aku harungi. sesungguhnya Allah sedang menguji tahap kesabaran ini.
tp dugaan yang paling mencabar adalah facing a unrespectable and arrogant driver with big white car.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

29 July 2013

Monolog 4

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.
ini melibatkan masa depan kita, hidup kita, dan kebahagiaan kita. dengan siapa kita akan kongsi kehidupan kita.
tapi mungkin ada hikmah jika kita lambat kahwin. bukan bermakna kita ni tak laku, mungkin belum sampai seru saja.
akan tetapi bila difikirkan semula mampu dan layakkah aku menjadi teman sehidup dan semati bersama si dia.
bolehkah si dia menerima baik buruk diri ini, dan bolehkah aku menawan hati keluarga si dia.
ini kerana sememangnya aku tak reti bagaimana nak mulakan silaturrahim dengan orang yang tidak ku kenali.
i wish i can do this in future,
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

20 Ramadhan 1434

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

hari ini 20 Ramadhan 1434 hijriah. maksudnya dah 20 hari umat Islam seluruh dunia sambut puasa.
Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk berpuasa lagi. suasana hari raya aku rasa sudah pun ada pada sesetengah individu.
ini kerana super market yang sesak dengan family yang ramai. semuanya sudah bersedia mencari kelengkapan untuk menyambut syawal tak lama lagi.
tapi aku, masih lagi tak mencari apa-apa untuk raya tahun ini. penting ke? depends pada orang juga lah pendapat ni. huhu.
selama 20hari puasa inilah aku dan emak bertungkus lumus menyiapkan tempahan kuih customer.
tidur xpernah cukup. keletihan dan kelesuan setiap hari.
orang kata ini rezeki ramadhan sebab emak dapat banyak tempahan. syukur Alhamdulillah.
tapi penat jangan cakap la. ada kalanya tengah buat kuih pon mata boleh terlelap.
pastu subuh lagi dah gerak pergi hantar mak ke tempat kerja before pergi tempat kerja aku.
what the feeling? i'm feel so tired and really tired.
but what can do? just ucapkan syukur kepada-MU Ya Allah, kerana memberi peluang rezeki di hari dan bulan baik ini.
(dangerous: tengah drive pagi-pagi mata boleh terlelap!! terasa melayang kereta yang dipandu. aish.)
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

Monolog 3

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

ada satu hari bincang dari hati ke hati dengan mak.
perbincangan or secara tepatnya luahan isi hati anak perempuan pada emaknya.
perbincangan menjurus pada aspek perkahwinan. dalam posted sebelum ini aku kata target 2015 kahwin kan?
so mak kate la ala kahwin jek umo 30. aq kate takkan umo 30 baru nak kahwin.
emak macam membangkang. tapi sebenarnya bukan itu niat mak.
perbincangan ini sampai membuatkan emak n aku menitiskan air mata.
kata emak " takkan mak tak nak buat majlis untuk anak emak? anak emak bukan ramai, 2 orang jek. tentulah emak nak buat majlis"
ayat tu mak ungkap sambil menitiskan air mata.
YA ALLAH sesungguhnya tiada lah niat untuk buat emak menangis.
aku paham ape yang emak maksudkan, apa yang menjadi kegusaran hati emak.
sebelum aku cakap pada emak sememangnya aku sudah fikir masak-masak.
zaman sekarang ni berlambak pinjaman peribadi yang ditawarkan. cuma lulus or tidak saja pinjaman yang kita nak.
tapi kalau boleh aku tak nak buat personal loan. sebab nanti hutang akan bertambah lagi.
kalau ikutlah cakap emak umur 30 baru kahwin, tak payah buat loan pon aku pnye saving insya-Allah cukup.
tapi itu 6tahun lagi. sangat lama plak rasanya. bagai kata si dia, kadang-kadang permintaan orang tua ni lebih afdal kalau kita turuti.
bila aku soal balik si dia " awk ok ke umur 30 baru kahwin"
hah tak berjawab soalan tu, hanya dengar gelakan dari dia saja.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

27 July 2013

Monolog 2

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

umur makin lama makin meningkat, keinginan untuk berumahtangga semestinya ada.
tetapi zaman sekarang kalau la tiada simpanan dalam bank, jangan harap lah boleh buat majlis.
dilema dan terus dilema. kenapa? sebab setelah berbincang dengan si dia, target kahwin 2015.
tapi mampukah diri ini saving dari sekarang? kerana setahun kerja belum boleh saving sesen pon daripada monthly salary.
kerana diri yang punyai banyak tanggungan.
siapa kata single person tiada sebarang tanggungan? huh, silap besar kalau ada yang kata gitu.
sebagai contohnya diri aku sendiri, single but not available sangat-sangat mempunyai banyak tanggungan.
tanggungan loan study, tanggungan loan kereta, tanggungan itu dan ini. banyak kan?
so mampukah aku untuk menanggung segala tanggungan ini dan buat saving dalam masa 2tahun ini?
harapan sentiasa memancar iaitu " aku pasti aku mampu!! ".
bagaimana caranya? loan ASB yang aku buat awal tahun ini, dividen yang akan ku perolehi akan disimpan.
insya-Allah jika diberi bonus keuntungan untuk tahun ini pada tahun depan oleh pihak syarikat, akan ku simpan dalam buku ting.
mudah-mudahan tahun depannya boleh lah dapat keuntungan lagi campur dengan dividen ASB pada tahun sebelum ini.
ini perancangan masa panjang. hanya pada simpanan itu saja, cukup ke? insya-Allah tak cukup untuk buat perbelanjaan majlis.
what can i do now to increase and make some saving to make it success?
part time job? but don't have much time to do the part time.
what else can i do??
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

26 July 2013

Monolog 1

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

zaman kerja sememangnya tak sama dengan zaman belajar.
zaman bekerja more advantures untuk kita hadapi.
ye sangat mencabar dalam pelbagai aspek. salah satunya kewangan.
jika time belajar dulu kewangan kita sebagai pelajar bergantung pada elaun bulanan yang diberikan pada kita oleh pihak berwajib.
tapi bila bekerja 100% kewangan kita berdasarkan gaji bulanan yang kita perolehi.
disebabkan itu duit sangat berharga masa bekerja ini. kerana ia hasil titik peluh kita sendiri yang bekerja sehari-hari.
jika salah cara kita uruskan kewangan kita, jangan lah kita sesal kemudian hari nanti, kerana pastinya ia sudah tidak berguna untuk kita sesalkan.
yang mampu kita buat adalah mengubah atau dalam english nya "manage our finance" dengan cara yang betul.
supaya kewangan kita bulan-bulan stabil.
always remember, don't ever do expenditure exceed income. it's will be worse someday.
if it gets worse, never thought to add a new problem.
try thinking and make the solution. all problem in this world have the solution.
so what can we do is, thinking what the best solution can we make to solve the problem.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

25 July 2013

Monologku

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

pejam celik pejam celik da hampir dua tahun ku tinggalkan zaman study di kolej.
sememangya aku merindui zaman ketika itu. pressure dengan assignment more batter from pressure with job.
belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza cara perlaksanaan nya.
cuma ia bersangkut paut antara satu sama lain.
siapa kata masa belajar dulu kita tak bekerja? dan begitu juga sebaliknya sekarang ini.
kalau imbas semula time belajar dulu lagi kita sudah bekerja. bekerja keras untuk menimba ilmu, bertungkus lumus menyiapkan assignment yang lecture beri.
berhempas pulas mencari idea untuk mencapai tahap distinction dalam assignment dan juga exam.
sama juga sekarang time bekerja, kita bertungkus lumus dan berhempas pulas menimba ilmu baru.
because if we don't grab the opportunities from now, until any point we are not able to improve the quality in ourselves.
if we want to be a weak person please don't do any change in life.
but if we want be a winner, the high commitment and best quality is needed to be a successful person.
to be a successful person, always take the past and made ​​mistakes as a guide. it is to make we always remember to not repeating again the same mistakes at the future.
sekian, noktah.
"ﺍﻜﻭ ﺇﻨﺴﺎﻥ ﺒﻴﺎﺴﺎ "

24 July 2013

Permulaan Baru

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻟﺭﺤﻤﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ
ﺍﻟﺴﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻡ

untuk kesetahun kalinya, ku taip warkah baru pada tahun baru iaitu setahun selepas posting yang lalu.
kebetulan sekarang ni umat Islam seluruh dunia sedang menyambut Ramadhan al-Mubarak, bulan yang mulia dan penuh keajaiban.
sesungguhnya aku merindui untuk ber-blog-in semula. tetapi masa dan situasi saja yang tak mengizinkan.
ini kerana my lappy yg aku gunakan sejak 5thn yang lalu telah pon rosak dan perlu diperbaiki.
dan pula masa yang singkat kerana dulu masa belajar aku punyai banyak masa untuk mengarang segala benda dalam blog.
sekarang masa berubah, bukan study lagi tetapi sudah bekerja n punyai kerjaya.
so the time is limit. don't have many time can spend to do other job.
schedule yang padat samada time siang mahupun malam. huhu..
cam poyo plak ayat aku kalini. tapi tu la kenyataan. 
so noktah dulu kat sini. lain kali aku sambung semula story lagi.

Usia Ku

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Daisypath Friendship tickers